Di pagi syawal..
Arus Kehidupan
Wednesday, April 17, 2024
Thursday, March 14, 2024
Rezeki Berjalan Sana Sini Selepas Kahwin
Seingat aku dari kecil kehidupanku byk di rumah berbanding berjalan sana sini.
Semasa
Di UK - kota London, selebihnya duduk di rumah, musim salji keluar main. Byk bersama anak jiran bmain.
Mesir - ke Pantai, melawat ladang kurma
Selebihnya kehidupanku cuma di rumah dan sekitar. Tak ke mana.
Cameron Highland - 2x sahaja
Sabah - Kota Kinabalu (sekali)
Langkawi - sekali masa tingkatan 2
Genting Highland- kerap kali sebab suka menikmati pemandangan. Itu pun naik atas tak turun kereta, pastu balik.
Tp selepas kahwin, dari awal pkahwinan, dari duit cukup2 makan. Sana sini berjalan. n berkali2 pulak tu. Merata pergi, Johor, terengganu, Kelantan, Perlis, Cameron, Langkawi syukur Alhamdulillah.
Maka tercipta lah kenangan yg belambak lambak ☺️
Tuesday, July 2, 2019
Kepeningan seorang Mama
Dear my blog..
Kehidupan menjadi ibu anak 3. Jangan lah bermimpi sgt boleh rehat macam orang lain. Baru nak terlelap... "mama..! Mama..!"
Alaaa.... terjaga... pastu lelap pula.. "Mama...! Mama..! Nak kencing lah, nak nasik lah, nak tu nak ni"
Arrrrgggghhhhh.... Mimpi je lah kalau boleh dapat tidur nyenyak.. Even nak lelap sekejap pun susah... Aiyaaa... Sabar je lah....
Kadang dalam tension tak cukup rehat tapi positifkan fikiran.. Mungkin ada hikmahnya..
Kalau terlalu layan hati mungkin merana.
Mungkin dengan keadaan anak yg macam-macam membuatkan aku lebih cergas.
Mungkin itu, mungkin ini...
Fikir je yg baik, hilang Stress...
Ku akhiri dengan senyuman. :-)
Thursday, June 20, 2019
kronologi pertunangan adik
Kronologi Pertunangan Si Adik
Isnin baru ni ku jumpa mak, mak kata “ khamis ni nak pi minang Amalina!”
Tekejut campor teruja jap! 4 hari ja kot?!
Biras ku org pertama tau dr ku..
Lusanya umiku org kedua tau..
Mlm tu suamiku org ketiga tau..
kalau ada yg baru tau, mohon sgt2 ampun dari ku. 🤝
Rupanya di sebelah mak satu keluarga besar dah tau, sekali satu sekolah semua tau. Ku pikir rahsia, sbb tunang ja kan..
Lepas tu mula lah pakat2 usik si adik ni ha.. n pakat2 nak join rombongan meminang.
si adik ni kejap gelabah, kejap happy, kejap nervous, takut, niaga air pun mcm x betul dh sbb perasaan bcampur. kami gelak2 lagi lah kuat sakat si adik ni ha..
Rabu, mak n mak nakan dah busy kluar sana sini cari barang hantaran.
Tau2 ja dah siap 5 bekas!
Hari ni hr Khamis, pg semua pi kerja, habis kerja janji lepas asar berkumpul di sekian sekian, kemudian berkomboi pulak dgn kereta beramai2. Alhamdulillah perjalanan lancar!
Si perempuan pun dh jd tunangan si adik.
Nikah pulak? mak kata nak secepat yg boleh. tunggu nnt mak sebut ja bila.
ya lah kata2 mak ni kan doa, Jadi terus! hehe..
Apa pun si adik dh jd milik org.. dia milik org... dia milik org.. dia milik org.
Selamat bertunang Lutfi dan Amalina.. 😊
Terima kasih juga pd keluarga @amalina sbb sudi terima hajat yg di sini menjadi keluargamu.
-Alhamdulillah-
Monday, May 14, 2018
Kronologi anak lemas
Selepas anak dah lama main air, aku pun bergegas nak siapkan Haura anak pertamaku. Masa tu ketiga2 anak aku semua dalam jagaanku untuk siap2 pakai baju. Sedang abahnya ketika itu masih berenang2 lagi dalam korang renang.
Hasna pula sibuk dukung adiknya Imam nak bagi abahnya ambil dan sambung bermain air lagi. Lalu abahnya menyambutlah si Imam. Silap aku tak tengok Hasna sebab elok saja tangan abah nya mencapai Imam, aku terus berpusing menuju ke arah Haura dan sambung siapkan dia. Aku tak tengok Hasna kerana aku fikir abahnya yang tengok. Selesai siapkan Haura aku berpusing ke arah kolam.
Kelihatan Hasna yg lemas cuba mengapungkan badannya, tenggelam seluruh badan kecuali hidung yang sesak2 cuba bernafas. Kedua2 mata merah dan tenggelam dengan air. ALLAHUAKBAR, ANAK AKU!!! berderau darah aku terkejut anak aku lemas!
Ketika itu tiada siapa yang nampak kecuali ada seorang pelajar lelaki seusia adik aku menuju ke arah kolam tersebut. Mukanya turut terkejut lalu dia bergegas mendekati kolam. Boleh saja aku menyuruh pelajar itu datang berlari selematkan anakku. Tapi aku dah tak fikir dah. kerana aku lebih dekat dengan kolam. sedang nyawa anak aku sesaat boleh hilang.Aku terus terjun dengan kasut berstoken, kain jeans, baju muslimah dan tudung labuh. Segera aku capai anak aku. Ya Allah, betapa menggigil seluruh badan aku ketika itu. Hanya Allah yang tahu. Semua adik beradik, bapa mak saudara memandang aku dan mereka kehairanan sesama sendiri sebabnya tengok aku dah berada sekali dalam kolam renang. Sambil mendukung dan berulang kali aku mencium Hasna aku menjerit kecil, "abang..! abang...!" Hasna yang tercungap2 bernafas dalam air tiada seorang yang nampak, mereka yang berada dalam kolam semua bermain jauh dari anakku berada. abahnya juga begitu leka bermain dengan Imam. Tak terkata abahnya melainkan syukur anak kami selamat.
Aku yang basah membawa Hasna ke tempat semua berkumpul. Aku menceritakan kepada mereka sambil tangan ini masih terketar-ketar. Jantung berdegup kencang. Mereka mengusap Hasna dan bagi kata-kata semangat. "mujur itu mujur ini.. Alhamdulillah.." Ya Allah sedang semua leka bermain, seorang pun tak perasan yang Hasna terjun sendirian di kolam yang dalam itu.
Selepas itu aku tak lepas-lepas memandang ketiga2 anak2 aku. Aku takut sangat akan kehilangan anak aku. 2, 3 malam kejadian masih lagi terbayang2 di depan mata. Bila nak tidur malam aku masih teringat2 lagi. Apa nak jadi kalau lah itu kalau lah ini dan kalau lah. Tak kuat aku menanggungnya.
Terima Kasih Allah kerana masih memberi nyawa buat anakku. Aku seorang yang lemah Ya Allah, aku akuinya ya Allah.. Aku lemah.. Aku tak berdaya menanggungnya.
Selepas itu, kasut yang basah rosak terkeluar kulit.. Ah tak apa lah, asalkan anak aku selamat. Nyawa bukan boleh dapat balik.
Sunday, April 22, 2018
Bahagia Bersama AlQuran
Tangkap gambar sikit. Bawa Haura sebab dia demam. |
Anak-anak didikku ada dalam 9 orang. Ini sebahagian.. yang lain malu :-) |
Tahun 2018 adalah tahun permulaan buatku. Tahun kembalinya aku mengingati dan dekat dengan penciptaku. Aku rasa dekat dengan Allah. Semuanya kerana keberadaanku bersama pelajar yang sentiasa membaca, menghafal dan sentiasa bersama AlQuran. Alhamdulillah.. ketenangan sebenarnya ada dan kita perlukan masa untuknya..
Saya sayang Allah, saya cinta Allah..
Ikhlas dari hati kecilku.. ilham.. <3
Wednesday, February 10, 2016
Sayang Mama... -Anakku-
Gambar ini saya pernah masukkan dalam contest KeLab Anak Saya Comel.. Tp x menang le pulak.. Hiihi..
Tapi, hari ni saya pula bukak contest kat semua ibu2 yg ada anak mcm saya.. :-)
Seronok sebenarnya tengok picture anak-anak syurga ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)