Monday, May 14, 2018


Kronologi anak lemas

Selepas anak dah lama main air, aku pun bergegas nak siapkan Haura anak pertamaku. Masa tu ketiga2 anak aku semua dalam jagaanku untuk siap2 pakai baju. Sedang abahnya ketika itu masih berenang2 lagi dalam korang renang.

Hasna pula sibuk dukung adiknya Imam nak bagi abahnya ambil dan sambung bermain air lagi. Lalu abahnya menyambutlah si Imam. Silap aku tak tengok Hasna sebab elok saja tangan abah nya mencapai Imam, aku terus berpusing menuju ke arah Haura dan sambung siapkan dia. Aku tak tengok Hasna kerana aku fikir abahnya yang tengok. Selesai siapkan Haura aku berpusing ke arah kolam.

Kelihatan Hasna yg lemas cuba mengapungkan badannya, tenggelam seluruh badan kecuali hidung yang sesak2 cuba bernafas. Kedua2 mata merah dan tenggelam dengan air.  ALLAHUAKBAR, ANAK AKU!!! berderau darah aku terkejut anak aku lemas!

Ketika itu tiada siapa yang nampak kecuali ada seorang pelajar lelaki seusia adik aku menuju ke arah kolam tersebut. Mukanya turut terkejut lalu dia bergegas mendekati kolam. Boleh saja aku menyuruh pelajar itu datang berlari selematkan anakku. Tapi aku dah tak fikir dah. kerana aku lebih dekat dengan kolam. sedang nyawa anak aku sesaat boleh hilang.Aku terus terjun dengan kasut berstoken, kain jeans, baju muslimah dan tudung labuh. Segera aku capai anak aku. Ya Allah, betapa menggigil seluruh badan aku ketika itu. Hanya Allah yang tahu. Semua adik beradik, bapa mak saudara memandang aku dan mereka kehairanan sesama sendiri sebabnya tengok aku dah berada sekali dalam kolam renang.  Sambil mendukung dan berulang kali aku mencium Hasna aku menjerit kecil, "abang..! abang...!" Hasna yang tercungap2 bernafas dalam air tiada seorang yang nampak, mereka yang berada dalam kolam semua bermain jauh dari anakku berada. abahnya juga begitu leka bermain dengan Imam. Tak terkata abahnya melainkan syukur anak kami selamat.

Aku yang basah membawa Hasna ke tempat semua berkumpul. Aku menceritakan kepada mereka sambil tangan ini masih terketar-ketar. Jantung berdegup kencang. Mereka mengusap Hasna dan bagi kata-kata semangat. "mujur itu mujur ini.. Alhamdulillah.." Ya Allah sedang semua leka bermain, seorang pun tak perasan yang Hasna terjun sendirian di kolam yang dalam itu.

Selepas itu aku tak lepas-lepas memandang ketiga2 anak2 aku. Aku takut sangat akan kehilangan anak aku. 2, 3 malam kejadian masih lagi terbayang2 di depan mata. Bila nak tidur malam aku masih teringat2 lagi. Apa nak jadi kalau lah itu kalau lah ini dan kalau lah. Tak kuat aku menanggungnya.

Terima Kasih Allah kerana masih memberi nyawa buat anakku. Aku seorang yang lemah Ya Allah, aku akuinya ya Allah.. Aku lemah.. Aku tak berdaya menanggungnya.

Selepas itu, kasut yang basah rosak terkeluar kulit.. Ah tak apa lah, asalkan anak aku selamat. Nyawa bukan boleh dapat balik.

Sunday, April 22, 2018

Bahagia Bersama AlQuran

Tangkap gambar sikit. Bawa Haura sebab dia demam. 

Anak-anak didikku ada dalam 9 orang. Ini sebahagian.. yang lain malu :-)

Tahun 2018 adalah tahun permulaan buatku. Tahun kembalinya aku mengingati dan dekat dengan  penciptaku. Aku rasa dekat dengan Allah. Semuanya kerana keberadaanku bersama pelajar yang sentiasa membaca, menghafal dan sentiasa bersama AlQuran. Alhamdulillah.. ketenangan sebenarnya ada dan kita perlukan masa untuknya..

Saya sayang Allah, saya cinta Allah.. 

Ikhlas dari hati kecilku.. ilham.. <3