Friday, February 27, 2015

Disiplin Diri

Assalamualaikum.... 

Ingin sekali saya menceritakan pengalaman dan detik-detik manis bersama puteri sulung ini seorang. Kadang sesuatu yang kita tidak menyangka anak sekecil ini mampu dan dia boleh berfikir. Memory yang Allah kurniakan padanya sangat kuat ingatan berbanding kita orang dewasa. Sesuatu yang tidak disangka-sangka, tidak pula ajar tp disebabkan anak ini melihat aktiviti harian kita, dia mampu ikut. Kadang rasa keajaiban pun ada. Huhu... 

Antara perkara yang mengagumkan adalah yang dilakukan oleh anak berusia setahun 5 bulan ini..

1) Buang sampah sendiri.
Coki-coki yang dah dihabiskan, dia akan menuju ke dapur lalu membuangnya ke dalam tong sampah tanpa disuruh.. Subhanallah...

2) Baju kotornya dimasukkan dalam raga baju kotor
Bila time nak mandi, saya bukakan baju dan seluar. Dia akan ambil dan masukkan dalam raga baju kotor.

3) Menyimpan barang di tempatnya..
Ni salah satu yang buat saya terkejut, lepas habis makan sneks, dia berusaha nak letak balang tersebut atas rak.. Padahal dia sendiri tak sampai dengan ketinggiannya tu. Terjengket-jengket kakinya berusaha nak letak kembali. Allahuakbar.

4) Sebut Allah.
Barang terjatuh, Allah! Sehinggakan di mulutnya tu dah jadi terbiasa menyebut kalimah Allah. Hari-hari agaknya termendengar dari saya termelatah Allah, Allah! Jadi terbiasa buat anak seusia ini.. Subhanallah...

Bila saya melihat anak saya seperti ini, saya andaikan yang dalam dirinya ada sifat berdisiplin. Alhamdulillah... Sebagai ibu bapa itu yang saya harapkan :-) Semoga berterusan. Nanti dah besar, senang mama abah nak didik puteri mama ni :-) Sayang sangatkan.. 

Nak tahu apa rahsianya?? Masa mengandung perbanyakkan membaca surah An-Nahl.. InsyaAllah, anak yang bakal dilahirkan akan berdisiplin. Anda pasti puas hati. Disamping tu banyakkan berdoa pada Allah.. Mintalah dengan Allah, seseungguhnya Allah itu maha pemurah, maha memberi. Yakin dengan Allah. InsyaAllah.. kita berusaha, Allah yang tentukan.

"Saya juga tahu nak makan dalam pinggan..  Saya tahu nak kaut bihun masuk dalam pinggan ni.. Pinggan mini hadiah dari sidi saya " (Haura' Iman Setahun Lima Bulan )

Sidi maksudnya tokwan / atuk. Terima kasih kerana sudi membaca, Sekian Wassalam.. :-)


Saturday, February 21, 2015

Minggu 17 (4 Bulan Seminggu)

Sebelum ni just rasa kedudukan bayi berubah-ubah.. tp saya tak sedar masa bila baby bergerak. Hari ni bersamaan 17 minggu, terasa slow je baby bergerak. Hihi.. saat-saat begini lah yang sangat saya nantikan. :-) Syukur sekali... 

Thursday, February 19, 2015

Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum... :-)

Bila anak tidur, peluang yang ada jangan dilepaskan. Apa lagi, siap sedia ke dapur untuk buat biskut coklet chip. Aiwah..

Yang bestnye saya bakar biskut just guna periuk ajaib. Saya tak guna oven / ketuhar. Oh tidak.. itu membuatkan bil api pasti melambung-lambung nak kena bayar.. Dan yang menariknya periuk ajaib selain jimat, ianya mudah dan cepat. Biskut pun jadi dengan eloknye.. Lepas ni boleh buat kuih raya pulak.. Hehe.. macam nak promote ler pula periuk ajaib ni..

 
Lihatlah biskut ni.. Nampak sedap tak??  Haa.. Sekarang saya nak berkongsi resepi yang saya perolehi ni dari Mr Google je.



Sukatan yang saya gunakan cup dadih rm0.50 sen tu ye. Boleh juga nak guna cawan. Terpulanglah cuma bahan-bahan semua kena lebihkan sikitlah.

1) Butter --------------------- 1 cup
2) Gula kasar --------------- 1 cup
3) Gula merah  ------------- 1 cup
4) Telur ------------------------ sebiji
5) esen vanilla -------- 1 sudu teh
6) garam ------------- 1/2 sudu teh
7) soda bikarbonat -- 1/2 susu teh
8) air panas ------------ 1 sudu teh 
 9) Tepung gandum ----------- 3 cup
10) serbuk koko - sedikit sebanyak
11) sweet chocolate chip ---- 2 cup
12) kacang yg dicincang --- 1 cup  

Cara-cara seperti berikut....

1, 2, 3) Masukkan mentega, gula, gula merah
4) Pukul rata dengan mix
5) Kacau sebati
6) Masukkan telur dan pukul sebati
7) Masukkan esen vanila, kemudian masukkan garam dan soda bikarbonat yang dah dicairkan dengan air panas. (Tiada dalam gambar, sebab hubby pinjam hp saya time tu)
8)Masukkan tepung, serbuk koko, kacau. Kemudian masuk chip dan kacang. Kacau rata.
( Jangan risau dengan adunan yang lembut, memang macam tu pun.)
9) Panaskan periuk ajaib terlebih dahulu dan gunakan sudu membentuk biskut n letakkan dalam periuk tersebut.
10) Bila dah siap, biskut kelihatan lebih besar dari asal. Di permukaan atas agak lembut. Angkat dan sejukkan. 

Dah boleh makan. Anak dan hubby makan banyak sekali. Alhamdulillah.. :-)
Jadi bolehla mencuba.. Terima kasih.. Sekian Wassalam..


Monday, February 16, 2015

Mengandung Buat Kali Kedua

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. setelah sekian lama saya tidak update blog ini.. sampai bersarang dah blog saya. Akhirnya teringat juga pada satu-satu blog tersayang ni.. Terus ada idea.. hihi...

Saya hamil. Ya, saya hamil buat kali kedua... pagi tadi baru buat buku merah, kandungan saya berusia 16 minggu dah.. nasiblah tak kena leter dengan kakak-kakak nurse. Iyalah, sepatutnya buat buku paling lewat pun 12 minggu.. saya sengaja buat lambat sebab dah ada pengalaman sebelum ni, saya tak suka kena cucuk ambil darah. Sakit sikit.

Seronok betul bila dapat tahu saya mengandung lagi.. Sebabnya memang saya mahu 2 orang anak dalam masa 2 tahun. Itulah, apa yang kita minta mudah je Allah bagi.. Kita ni ha yang tak tahu nak bersyukur.

Usia kandungan yg baru 4 bulan tak boleh scan lagi  untuk tahu anak lelaki atau perempuan... anak pertama saya perempuan, jadi saya berharap anak kedua ini lelaki. Hmmm... Tapi Allah dah bagi petunjuk yang anak kedua ni juga perempuan.. Mestilah kena terima. :-) boleh share baju dengan kakaknya nanti. Jimat duit nak beli baju. Itulah hikmahnya.. hmm.. Tapi entahlah.. saya begitu yakin, mendapat anak perempuan kedua ini petunjuk dari Allah.. takpa lah, kita tunggu lah nanti bila tiba saat melahirkan. Kalo anak perempuan, betul dah petunjuk, kalau anak lelaki, kesilapan saya la yang terasa naluri keibuan dapat petanda. Hehe..

Hmm... sekarang mood saya suka tengok picture lama anak saya masa baby.. teringat, rindu, harap anak kedua ini aktif sama seperti kakaknya. Harap jadi anak yang solehah, mendengar kata, berdisiplin, cerdik, comel.. Semoga Allah mendengar permohonan hambanya ini..

Ok lah, saya nak tidur..