Monday, November 17, 2014

Samsung galaxy note 8 baru

Assalamualaikum....
Bestnye hari ni saya dapat juga membeli tablet yang saya nak.. dah lama dah nak memilikinya, tunggu duit cukup je. Update posting ini pun tak perlu mengadap laptop dah. 

Saya memilih note 8 ini kerana saya berkenan dengan saiznye dan fungsinya yang banyak. Dan sekarang saya rasa saya tak menyesal, malahan sangat puas hati dengan note saya ini.

Sekian...

Thursday, November 13, 2014

Memaafkan dan melupakan

Assalamualaikum..
 Sebagai manusia biasa, pastinya tak terlepas melakukan kesilapan. Kesilapan yang lalu pastinya tidak mahu diulanginya lagi. Samada kesilapan itu tak disengajakan atau sengaja yang melibatkan orang sekeliling, perlulah memohon maaf atas kesalahan. Sememangnya apa yang kita lakukan tak semestinya betul, dan apa yang orang lain lakukan juga tidak semestinya salah.

Sebenarnya menjadi seorang yang pemaaf itu hidupnya InsyaAllah lebih tenang dan bahagia daripada menyimpan lama-lama dalam hati. Justeru boleh menyebabkan diri menjadi seorang yang suka mengungkit dan berdendam. Pasti hidupnya itu tidak tenang.

Semakin lama hidup di dunia yang fana ini, semakin banyak liku-liku cabaran yang ditempuhi. Saat awal perkenalan kadang-kadang semuanya baik. Namun, lama kelamaan akan nampak setiap salah  walau  sekecil zarah, tapi nampak terlalu besar bahkan membawa kepada sakitnya hati. 

Walaupun kita sudah bermaafan namun pasti teringat-ingat sesuatu yang sudah lepas, Ada satu cara yang boleh melupakan iaitu bersihkan hati kita.. Banyakkan berzikir, beristifar, solat taubat, dan sentiasalah berusaha mendekati Allah, tuhan yang satu.


Tuesday, November 11, 2014

Tempat isteri di sisi suami

Assalamualaikum... Saat malam yang hening ini, memandang wajah suami dan anak yang dikasihi, penuh rasa cinta dan sayang yang mendalam. Mereka adalah penyeri hidupku. mewarnai hidupku. Terima kasih ya Allah.

Sebagai isteri, hidupnya adalah sepenuhnya buat sang suami. Segala - galanya perlu mendapat keizinan suami. walau sekecil - kecil hal, semuanya wajib meminta keizinan suami. Keluar rumah, memotong rambut, apa sahaja perlu mendapat keizinan suami.  Sememangnya suami adalah seorang pemimpin dan suami juga seorang pelindung. Bersyukurlah...

Nikmatnya bersuami isteri adalah semuanya dapat dikongsi, rahsia bersama, suka duka, masalah, gelak tawa bersama,teman sebantal dan terlalu banyak lagi. Semuanya indah yang tidak akan dirasai oleh insan yang masih solo. Bukankah itu indah?

Tempat isteri adalah di sisi suami, tempat untuk mengadu, tempat untuk bergantung, cukuplah bagi isteri adalah suami seorang. Pandangan untuk suami, dia adalah seorang yang gagah. Dia adalah hero, lelaki -lelaki lain tidak akan boleh setanding dengan suami kita.

Jadi kenapa perlu membina hubungan dengan lelaki lain tak kira mereka adalah rakan dari sekolah, orang kuat yang banyak membantu kita, ianya akan membawa kepada dosa yakni kemungkaran yang Allah larang. kerana sesungguhnya dalam Islam, bergaul lelaki perempuan juga ada muamalatnya. Apalagi jika kita dah bersuami. Kecil hatinya nanti. Jadi janganlah biar suami merasakan dia tiada guna untuk si isteri.

Dan sebagai isteri yang hebat, lakukan apa saja demi insan bergelar suami. Hiasilah diri, berilah sepenuh perhatian kepadanya, ketahuilah sesungguhnya perempuan itu banyak tarikannya. Gunakan ia untuk suami tercinta. Selagi ianya berlandaskan syariah islam. Lakukan apa sahaja tidak akan ada salahnya.

Tika suami tidur, tatapilah wajahnya. Akan timbul segala rasa sayang dan cinta, akan hilang segala keletihan di siang hari. Usaplah perutnya berdoalah agar suami akan sentiasa peroleh kejayaan sepanjang hidupnya.

Hargailah pasangan kita.. Bersyukurlah...



Monday, October 27, 2014

Apa? Memasak di bilik hotel??

Assalamualaikum.. 

Memandangkan hubby ada seminar IMKK dkt the mines exhibition. Saya pun turut ikut juga. Tp saya tak join seminar. Saya berada di hotel. Kami check in 4 hari 3 malam. Alahai bestnye... tp xkan saya nak rehat kosong je kat hotel tu. nak makan macam mana? xkan nak kena turun setiap kali. haaaa..... jeng jeng jeng, saya x lupa membawa mini rice cooker.  Jangan kata di rumah je boleh masak. Di hotel pun sy bawa semua keperluan nak makan. Saya bawa beras, bawang, maggie,roti, jem, kaya, sardin, tuna, errk... macam banyak makanan dalam tin je. Hihi.. Memang best! 



Ni gambar bilik yg kami dapat. Cantik terbaik la..

Meja bilik, Barang-barang keperluan makan disusun rapi. Nampak kan rice cooker? ^^

Kena juga masak, xkan la saya nak turun gi restoran terdekat berdua je dgn anak.. Hubby gi seminar.. Jd, cara mudah n selamat, masak je sendiri :-)



Buat nasi goreng pun boleh dalam rice cooker. Hehe....

Haa... Nasi goreng siap dihidang. Kami makan atas tilam sambil tengok tv lg.. kat hotel boleh la.. kat rumah, jgn nak mengada ye nak makan atas tilam..  Hikhikhik... :-D

Tuesday, October 21, 2014

Breakfast :- Western food

22Okt2014 --- Selasa

Assalamualaikum..
Pg ni sy buat sarapan ala2 barat. Simple je.. Kalau terasa nak buat ala2 western bleh mencuba resepi ni... Try..

Bahan-bahan untuk buat Cheezy :
1 ) 3 sb mkn mentega
2) 1 sb mkn tpung gndum
3) 3 slice cheese
4) 125ml susu segar
5) Lada putih n lada hitam
6) Pewarna kuning
7) Sedikit garam
8) 1/4 kiub ayam

 Cara-cara :

Cairkan mentega, masukkan susu segar, tepung n kacau.
Masukkan cheese, kiub ayam, lada putih n hitam.
Masukkan pewarna, sdikit garam..
Jadi la mcm dlm picture... tp rasanya x la sama mcm kt kfc tuu..




Sambil2 tu potong ubi kentang panjang2 untuk digoreng. Mcm ni lg sedap daripada yg beli frozen. Fresh..


Dah siap di goreng boleh la mkn kentang cicah cheezy.. Meleleh gitu...

Untuk tambah menu bg nmpk betul2 mcm western, boleh goreng sosej, kacang panggang, n roti..

Tadaaaaa.......... Siap sudaa boleh dh nk makan. Hubby kata, xyah mkn luar dh :-)
uuiiikkiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Roti canai pisang

Assalamualaikum..

Sejak dok di rumah bersama anak, suka pulak nak mencuba pelbagai resepi. Tambah2 food tu org tersayang kita suka. Lg la teruja nak mencubanya. Kalo jd, lpas ni bleh buat lg. Hr ni sy bercadang nak buat adunan roti canai pisang buat sarapan pg nanti. xyah pi kedai mamak dah. 

Resepi kali ni sy rujuk mr google..


 Ni bahan2nyer..

*3 sudu mentega
*1/2 cwn susu segar, (Sy pakai susu cair dairy champ)
*1 telur
*3 cwn tpung gndum
 - Air
 - 3 sb minyak masak
Cara-caranyer gini ye tuan2 n puan2!

1) Campurkan bahan yg bertanda * n air sdikit demi sedikit.
 Sambil uli.. guna tgn je..





Bila jadi mcm ni...


2) Buat bulat2 dan asingkan dgn minyak..
3) Simpan semalaman dlm peti







Ok, siap... Esok dh boleh canaikan n masukkan pisang, letak atas kuali panas.. Kan senang!!

x sabarnye nak tggu esok ^^   nk tgk hasil n rasanya... ha.. terlupa nk bgtw. pisang tu hiris bulat2 je.. Orait... Selamat mencuba ~ ~ ~

Monday, April 21, 2014

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. Hr ni Isnin, bertarikh 21Apr 2014, jam 5:17pm. akhirnya menjadi jugak blog kedua sy. dulu 1st blog sy buat hbis corrupted. agaknya dah lama x update.. rosak lah.. Sy pun x sure but mmg terasa kehilangan blog dulu. Huhu..

Btw, i'm satisfied right now! ;-)

 daaaa~~~~