Tuesday, November 11, 2014

Tempat isteri di sisi suami

Assalamualaikum... Saat malam yang hening ini, memandang wajah suami dan anak yang dikasihi, penuh rasa cinta dan sayang yang mendalam. Mereka adalah penyeri hidupku. mewarnai hidupku. Terima kasih ya Allah.

Sebagai isteri, hidupnya adalah sepenuhnya buat sang suami. Segala - galanya perlu mendapat keizinan suami. walau sekecil - kecil hal, semuanya wajib meminta keizinan suami. Keluar rumah, memotong rambut, apa sahaja perlu mendapat keizinan suami.  Sememangnya suami adalah seorang pemimpin dan suami juga seorang pelindung. Bersyukurlah...

Nikmatnya bersuami isteri adalah semuanya dapat dikongsi, rahsia bersama, suka duka, masalah, gelak tawa bersama,teman sebantal dan terlalu banyak lagi. Semuanya indah yang tidak akan dirasai oleh insan yang masih solo. Bukankah itu indah?

Tempat isteri adalah di sisi suami, tempat untuk mengadu, tempat untuk bergantung, cukuplah bagi isteri adalah suami seorang. Pandangan untuk suami, dia adalah seorang yang gagah. Dia adalah hero, lelaki -lelaki lain tidak akan boleh setanding dengan suami kita.

Jadi kenapa perlu membina hubungan dengan lelaki lain tak kira mereka adalah rakan dari sekolah, orang kuat yang banyak membantu kita, ianya akan membawa kepada dosa yakni kemungkaran yang Allah larang. kerana sesungguhnya dalam Islam, bergaul lelaki perempuan juga ada muamalatnya. Apalagi jika kita dah bersuami. Kecil hatinya nanti. Jadi janganlah biar suami merasakan dia tiada guna untuk si isteri.

Dan sebagai isteri yang hebat, lakukan apa saja demi insan bergelar suami. Hiasilah diri, berilah sepenuh perhatian kepadanya, ketahuilah sesungguhnya perempuan itu banyak tarikannya. Gunakan ia untuk suami tercinta. Selagi ianya berlandaskan syariah islam. Lakukan apa sahaja tidak akan ada salahnya.

Tika suami tidur, tatapilah wajahnya. Akan timbul segala rasa sayang dan cinta, akan hilang segala keletihan di siang hari. Usaplah perutnya berdoalah agar suami akan sentiasa peroleh kejayaan sepanjang hidupnya.

Hargailah pasangan kita.. Bersyukurlah...



No comments:

Post a Comment