Assalamualaikum..
Sebagai manusia biasa, pastinya tak terlepas melakukan kesilapan. Kesilapan yang lalu pastinya tidak mahu diulanginya lagi. Samada kesilapan itu tak disengajakan atau sengaja yang melibatkan orang sekeliling, perlulah memohon maaf atas kesalahan. Sememangnya apa yang kita lakukan tak semestinya betul, dan apa yang orang lain lakukan juga tidak semestinya salah.

Sebenarnya menjadi seorang yang pemaaf itu hidupnya InsyaAllah lebih tenang dan bahagia daripada menyimpan lama-lama dalam hati. Justeru boleh menyebabkan diri menjadi seorang yang suka mengungkit dan berdendam. Pasti hidupnya itu tidak tenang.
Semakin lama hidup di dunia yang fana ini, semakin banyak liku-liku cabaran yang ditempuhi. Saat awal perkenalan kadang-kadang semuanya baik. Namun, lama kelamaan akan nampak setiap salah walau sekecil zarah, tapi nampak terlalu besar bahkan membawa kepada sakitnya hati.
Walaupun kita sudah bermaafan namun pasti teringat-ingat sesuatu yang sudah lepas, Ada satu cara yang boleh melupakan iaitu bersihkan hati kita.. Banyakkan berzikir, beristifar, solat taubat, dan sentiasalah berusaha mendekati Allah, tuhan yang satu.
So, could you forgive me...? Plzzzz............ T__T
ReplyDeleteOf couse la.... u are my best fren forever.. x dak apa salah pun dgn i. Hehe..
ReplyDelete